assalamualaikum..thanks for drop by here everyone..feel free to drop your comments or whatsoever and don't forget to follow me ya~!

Saturday, June 11, 2011

kisah hati =)

salam,,~~
entry kali nie moh kite nyanyi2 nak layan perasaan siket..cheeewaaaah~~ haha :DD
actly entry nie is all about this lovely song, KISAH HATI yang dinyanyikan oleh aku..*tanngggg~!* muahahaha..salah2..salah bebenor tu ye sume..lagu nie alyah yang nyanyi..mule2 aku jumpe vc nie time aku usha2 page HOT.FM sebenarnye..then tangan nie pon ngade pegi klik sbb awal2 tuh dah nampak dah REMY ISHAK~!!!! haahahaha..aku memang minat die okaayy...sape tak minat die aku memang tak penah kisah..haha =p LOL
then lame2 jadik tersuke lah plak dgn this song..heeeeee :DD
so uolls,,marilah berkarok2 yok~!

*siap lirik lagu I bg U ;p*




Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Wednesday, June 8, 2011

OPKIM

salam~~~~
hai hai semua..bersua kembali di alam persuratan *ape kesss?? hahaha ;p
okey lah korg..entry kali ni pasal opkim..tau tak opkim tu stand for what??
okey utk yang tak tahu, opkim tuh lebih kurang OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT
actly thiss thing under kolej aku lah kan..then aku rase macam syiok je plak bende alah nie..aku pon join lah..hehehe..bak kate org nak timba-menimba ilmu pengetahuan lah kan...*tangg~~!! :D

opkim kali nie diadakan di KG PADANG TEMBAK, TELUK MUROH, LUMUT, PERAK

siyesly mmg banyak tahap tak hengat lah kenangan2 time join event nie..sgt seronok okayh~!

moh le nengok sket gambo2 yg sempat di klik2 di sana...


              yang nie time awal2 sampai..muke sume excited..hehehe

                 nie lah family angkatku..heee..famly Hj Salim b Sahari

                   logo kat baju..hehehe :DD

           cantik kan banner nie..sbb sponsor..haha ;pp


okay..so..awal2 ktrg dibahagikan kepada famly angkat masing2..akhirnya masa yg ditunggu2 tiba apabila nama aku disebut untuk mendapat famly angkat..yeeehhiii...seperti gambar yg korg tgk kat atas td..itulah famly angkat aku..jangan main-main, bapak aku imam besau kat situ tau..hehe *bangga* hahaha.. aku dapat partner serumah ngan membe kamcheng aku gak..SITI NAZIRAH BT MOHD KHALID..heee..budok nie satu course dgn aku..satu kelas dgn aku and segala lah..hehe..famly aku bawak ktrg jenjalan pusing Lumut dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannye..hihihi..even jadual kitorg pack gilak dengan aktiviti2 dgn penduduk kg, tp bapak sempat je bawak ktrg r0und2 jenjalan sane sini..sume pon jeles..bhahahaha ;pp malas nak taip panjang lebar segala, dipersilakan lah menengok2 gambau2 yang ade..heee..aku hade,,ko hado~??! 



                    with my lovely mak and adik :)

             cantik bukan pemandangan itu??hehe

                yang nie lagi rase nak gigit2 je..teeeeheeee :D

                time nazirah pulak bergambo :)

                 small heart but with big loves to mohamad afizi *tteeet~~*

          another scenery yang mintak untuk digigit :)

               siyesly sgt suke this pic ever...!frens forever gojes <3

        me..cheerful kak mira...shy2 cat adik ija :) hehe

                  inilah dina kesayangan semua..yeeeeeehaaaa :)
 

and actly banyak lagi weyh nak membebel meraban kat sini dan banyak lagi pics utk di upload..tp sabar ye..pelan2 kayuh..hahahhaha..tgu next entry okayh..with loves..daa~~! 

Monday, June 6, 2011

berkulat =.='

hai hai helloo~~~
heeeee..entry kali nak nak cakap pasal berkulat..haha..actly nak bgtw uolls sume yang aku baru je start nak typing2 segalak semula...blog ni pon haku jarang lah amat bukak nye..tu yang title entry tajok die berkulat..so..once aku dah gatal2 tangan jari jemari sume nak taip menaip nie..mari-marilah singgah berblog-walking segala kat blog aku ye :)

thank you readers~!stay tune with lots of repekan dan coretan ya!hihihihih..daaaaa~~~

Sunday, April 24, 2011

KELEBIHAN WANITA =)


tadi saje tgk2 page orang kat fb..and and aku amatlah tertarik dgn note yang dorg dok share2 nie..huhu..terharu pon ade weyh..so,,let's read togethe-gether ;pp



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal
tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah
S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka
barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam
syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu
dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana
dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga
sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah
S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
S.A.W...."Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan
1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah S.W.T.

Alhamdulillah Ya Allah..moga aku dan wanita2 yang lain tergolong dalam golongan-golongan ini..insyaAllah~~


risau.tak keruan.huuuuu =((

ntah kenape ntah aku tak bole tido..haish..tapi memang tak keruan dah nie..risau memuncak2 ibarat ayam yang kene goreng dalam minyak panas tu.. (err..ape kaitan ayam??) so aku amek pendekatan menulis merapu raban agar tenang sikit walau tak banyak mane..tadi aku dok on9 dengau lagu tibe2 dok tergerak ghase hati nak search tips untuk menenangkan diri..mentang2 lerr exam week..baru terhegeh2 sebenor nye..haha..tak kesah lah yang penting jom kite tengok ape yang bole kite buat.. *sebenor nye aku cuak gok nie..huhu :((

a) tegangkan otot-otot badan secara berasingan

b) tegangkan otot-otot berkenaan selama 5 saat

c) lepaskan ketegangan itu perlahan-lahan dan pada masa yang sama,

katakan melalui fikiran: "lepaskannya keluar'

d) tarik nafas panjang

e) semasa menghembus nafas keluar, katakan melalui fikiran:"lepaskan

semua ketegangan keluar"


so kawan-kawan..kalo rase tak keruan cam aku sekarang nie jom lah bawok2 bersenam..huhuhuu...exammm!! gudluck untuk semua..moga dipermudah segala urusan :))

i'm not perfect..but i'm trying to be..

Manusia mudah bimbang tatkala takdir tak sebulu fitrah.Diserang musibah diluar dugaan menjadi resah.Jatuh tersungkur terus rebah.Keinginan yang diharapkan menemani,tetapi bebanan pula datang menghantui. Tetapi, sedarlah jika tidak dititipkan segala musibah, mana mungkin kita kenal erti sabar. Jika tidak diduga dengan segala pancaroba, mana mungkin kita fahami maksud redha. Ianya rencah kehidupan yang memotretkan pelbagai warna emosi. Tiada apa yang sempurna di dunia fana, bukan penting di permulaannya, tetapi lebih penting di mana pengakhirannya. Andai itu takdirNya,terimalah seadanya. Semakin kuat kita diuji, semakin dalam kasih ilahi. Bukan hanya mencari kekasih duniawi, tetapi mencari teman pendamping hidup yang bakal memimpin di padang mahsyar nanti. Jangan dibelek pada kelemahan diri, tetapi berbanggalah dengan kekuatan yang diberi. Dalam kelembutan, suburkanlah ketegasan, berlandaskan ilmu keredhaan Tuhan. Allahualam...

cerita dari hati~~

tak tau kenapa tibe2 rase nak buat note nie.tapi,entahlah..khas buat teman2 tersayang :)

Kenapa perempuan memerlukan lelaki dalam hidup die??Perlu ke kita bergadai separuh hidup disamping lelaki yang kita tak pernah tau mana dtgnye die..org slalu kate...single is simple,couple is trouble..itu org yang kate..saya tak kata :D
Tapi kawan2 tersayang,,marilah sama-sama kita renungkan..Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta juga tak datang waktu kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Dan begitulah sebaliknya...Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Allah, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit,malah dia juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, tasbih ditangan atau harta membuak-buak mencurah ke ladang gandum.Tidak sama sekali.Tetapi, kalau itu takdir-Nya,anggaplah ianya satu bonus yang dititipkan untuk kita hargai.Tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya,bersabarlah kerana dia pasti datang apabila tiba masanya cuma cepat atau lambat je yang perlu kita berserah segala dan redha ats ketentuan-Nya.Dan apabila sudah datangnya dia, kita haruslah ikhlas dan saling bertimbang rasa kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Tetapi, bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.Kerana restu ibu bapa itulah kunci segala.Lahirnya kita di dunia adalah dari mereka juga.
Mungkin kawan-kawan tertanya-tanya,kenapa tiba2 rencana ini dicipta..Saya hanya mengulit rasa jiwa,untuk dikongsi bersama-sama.Kerana kita wanita insan yang teristimewa.Kita tercipta daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat jari untuk disakiti, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Oleh itu rakan-rakan tersayang,hargailah mereka jika ada yang sudah bertakhta di hati. Jangan apabila hilang dari pandangan, baru nak disesali. Jika tiada, jangan menangisi nasib diri kerana janji Allah itu sejak dari azali lagi.Inilah cerita dari hati :)

HEY HELLO~~~~

CHECK THIS OUT,,PEEPS!!

HOT of the PRESS... Only in Malaysia Mah... Learn the SECRETS of how a lazy bum like me make money online without doing a single thing WHILE sleeping some more!! For sure will work for you one..

IT WAS TRUE!!! Malaysian Young MILLIONAIRE Reveals Internet Secrets!!!


"Discover The Real Malaysian Secrets Of How I Consistently Rake Up To RM38,000 Per Month Into My Maybank Account... Working Less Than 2 Hours A Week! Doing Almost NOTHING!"-JT

For the first time ever Jason Tan is revealing his never before told secrets...And why not all of you trying this out :))

Jasons Only In Malaysia Mah has been rated the number one opportunity by numerous online reviews and has been seen in Entrepreneur Magazine.

You can start making RM100, RM500, even RM1,000+ every day working at home from your computer...So,what are you waiting for????? =DDDD

try this link:
http://onlyinmalaysiamah.com/?ref=snowworld

Sunday, February 6, 2011

mari menyanyi =pp

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are



Tuesday, February 1, 2011

banjir oh banjir


kite sume sedia maklum kan psl banjir yg sdg melanda beberapa buah negara kita kan?kan?kan?
*ececeyh,,ayat bdget surat kabar utusan mesia plak =p *

huhuhu..sian sgt kan kat dorg..kalo lah aku nie superwoman lame dah aku tlg..but then mmg tak mampu lah aku nak tlg sekarang..cuma mampu doa jelah yg keadaan akan kembali stabil cm biase..lagi b'tambah sedih bile dah start hilang2 nyawa nie.. :( melaka,johor terok dah..sekarang mula berhijrah ke pahang ngan n9 plak..hmm..harap2 perkra nie cepat2 lah reda..amiin.

marilah sama2 kita berdoa semoga mangsa2 banjir nie sumenye selamat dan dilindungi-Nya..amiin.

thanks for reading ppls =)


Saturday, January 29, 2011

30 Jan :)

HAPPY BIRTHDAY ALONG!

hohehohe~~hrnie bday along..tp aku tak dpt kol die sbb die bz giler..(damn!) heissh..keje die tak menentu weyh..mcm chipsmore..kejap ade kejap takde..tp mmg penat lah kan..org keje polis nie die pnye ronda sana ronda sini pantau sana pantau sini tanak kalah pulak kan..hahahaha (mati aku kalo along bce =p)

ape2 pon moga along panjang umor.. dipermudahkan segala urusan dalam hidup..rezeki halal yang melimpah ruah dan kesenangan serta kebahagian di dunia & akhirat..(perrggh..ayat skematik diagram plak.hehe :D)

err..chop2..satu lagik..moga cepat bertemu jodoh..HAHAHAHA! b'tambah sket kakak ipar aku..hoyeh~!

bpe umor along biarlah rahsia..tp taklah tua..biase2 je gitu..pegi google! (ceh,bdget along hot star je google tros kua..muahahaha..)
*jahat dapat adek cm aku nie..actly bukan jahat tapi nakal =p

okaylah..aku pon tak paham ape aku dok merepek pepagi buta nie ala-ala mcm dah memperdagangkan abg sendiri.okay fine tak payah nak memperdagangkan sgt lah ayat~!

HEE..NIE LAH ALONG :)

MAHU KURUS ? =)

haaa..meh sini meh..ralit bace ape aku nak post this time..hee..korg penah dgr tak cara2 nak kuruskan badan?tipulah tak penah dgr kan..tu name nye mmg mintak penampar laju2 lah..haha..sume pompuan nak kurus,,(yg mne comel2 tu lah kan obviously =p ) aku pon tak terkecuali jugak but then aku nie susah sket nak berdiet bagai nie..haha..so korg jage lah badan utk insan-insan tersyg eh..haha..

Saya nak kurus, nak jugak!!! Oppss rasanya ramai dikalangan korg yg sememangnya kerap mendengar kata-kata cmnie bukan? Tapi seberapa kerap korg lihat yg melakukan apa yang diperkatakan? Lets join me to read sedikit info tentang kesihatan terutama bagi mereka yang inginkan badan yang kacak dan solid molid meletop vogue gitu..


Nak kurus nie taklah susah cume payah sket je.. HAHA! Korg perlu ada tekad dan kesungguhan,strategi dan semangat yang mantap. As people always said..”sharing is caring but the power of determination is up to ourself”’. (ayat poyo tanak kalah..ahaha =p)

Tips pertama untuk kuruskan badan adalah anda perlu tahu cara untuk mengurangkan kalori yang mengemukkan badan anda. bhahahahaha :D

1. Sebelum makan, haruslah minum terlebih dahulu supaya anda tak makan dengan banyaknya. ahaha.

2. Lebihkan sup daripada nasi kerana kalori dalam sup lebih rendah.

3. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis

4. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

Tips kedua kuruskan badan : Sediakan jampi aka motoivasi so korg setia dengan apa yang anda sedang lakukan.

”Aku mmg cantik.Lagi-lagi bile aku kurus”. haa..selalu2 lah puji diri sendiri as to boost our self-esteem *konon speaking london..haha..tp nak puji pon dlm hati je.jgn ngade nak bangga diri plak =)*

Tips ketiga kuruskan badan : Exercise bersama Orang Tersayang

Nampak agak geli dan gedik sket di situ bukan tetapi pernah tak anda ternampak apabila berjogging petang pastinya ada sepasang suami isteri yang berlari together-getha kan?Actly, berjogging berdua lebih cepat membakar lemak kerana ”apabila bersama insan tersayang, kadang-kadang masa yang berlalu terasa baru sekejap”. HAHAHA! tp siyesly its works ppl =)

Tips keempat : Makanan

ape pon yg korg bedal tgk2 jugaklah kalori die..jgn sedap tekak je korg makan taw..BAHAYA! kurang-kurangkan makan mknan yg berminyak,berlemak dan yg sewaktu dengannye. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan..sedap jugak sume2 tuh lagi2 tembikai..fuuhh~~heaven weyh! :)

Tips kelima : Bersenam

haa..yang nie forsure ramai btol yg malas..mereka-mereka ini akan memberikan alasan takde mase and whatsoever yg bermacam-macam lagilah..bukak mate besar2 ppls~! 3kali seminggu dalam mase 20minit..boleh~~korg PASTI BOLEH buat pnye lah..malam2 plak rajen2 lah buat sit-up biaq prot hangpa suma slim melim shady ouh lalala~~ *dia start nak mereng dah~~ :)*


Lastly..marilah kita mengamalkan cara hidup yang sihat..hehehe..supaya kita sentiase maintain anggun jelita oh baby :D

jumpa lagi di keluaran akan datang..bye-bye!! (tanak kalah bukan,,hahaha)

apekah??

HAHAHAHA~!
dah masok 2011 dah pon..blog aku neh dah berkepuk2 tak update..
sbb nye malas.lupe password (even bole je sbnr nye carik!).dan yang sewaktu dengannya.

hee :D

tapi aku rase cam tak lambat je nak cakap...
HAPPY NEW YEAR! (bengong,nak masok bln 2 dah!)
arrggh..tak kire..aku cakap gak..hehehehe :)

nie update pon sbb kes dah bosan tahap cipan tak taw nak buat ape dah..lapor pon ye gak nie..
tak pe..mlm nie aku rse cm nak post bnyak..hahaha..lebih kurang balas dendam la kan =pp

so,,stay tune to reading my blog ppl! ~~HAHA :)