assalamualaikum..thanks for drop by here everyone..feel free to drop your comments or whatsoever and don't forget to follow me ya~!

Sunday, April 24, 2011

cerita dari hati~~

tak tau kenapa tibe2 rase nak buat note nie.tapi,entahlah..khas buat teman2 tersayang :)

Kenapa perempuan memerlukan lelaki dalam hidup die??Perlu ke kita bergadai separuh hidup disamping lelaki yang kita tak pernah tau mana dtgnye die..org slalu kate...single is simple,couple is trouble..itu org yang kate..saya tak kata :D
Tapi kawan2 tersayang,,marilah sama-sama kita renungkan..Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta juga tak datang waktu kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Dan begitulah sebaliknya...Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Allah, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit,malah dia juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, tasbih ditangan atau harta membuak-buak mencurah ke ladang gandum.Tidak sama sekali.Tetapi, kalau itu takdir-Nya,anggaplah ianya satu bonus yang dititipkan untuk kita hargai.Tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya,bersabarlah kerana dia pasti datang apabila tiba masanya cuma cepat atau lambat je yang perlu kita berserah segala dan redha ats ketentuan-Nya.Dan apabila sudah datangnya dia, kita haruslah ikhlas dan saling bertimbang rasa kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Tetapi, bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.Kerana restu ibu bapa itulah kunci segala.Lahirnya kita di dunia adalah dari mereka juga.
Mungkin kawan-kawan tertanya-tanya,kenapa tiba2 rencana ini dicipta..Saya hanya mengulit rasa jiwa,untuk dikongsi bersama-sama.Kerana kita wanita insan yang teristimewa.Kita tercipta daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat jari untuk disakiti, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Oleh itu rakan-rakan tersayang,hargailah mereka jika ada yang sudah bertakhta di hati. Jangan apabila hilang dari pandangan, baru nak disesali. Jika tiada, jangan menangisi nasib diri kerana janji Allah itu sejak dari azali lagi.Inilah cerita dari hati :)

No comments:

Post a Comment