assalamualaikum..thanks for drop by here everyone..feel free to drop your comments or whatsoever and don't forget to follow me ya~!

Sunday, April 24, 2011

KELEBIHAN WANITA =)


tadi saje tgk2 page orang kat fb..and and aku amatlah tertarik dgn note yang dorg dok share2 nie..huhu..terharu pon ade weyh..so,,let's read togethe-gether ;pp



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal
tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah
S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka
barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam
syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu
dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana
dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga
sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah
S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
S.A.W...."Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan
1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah S.W.T.

Alhamdulillah Ya Allah..moga aku dan wanita2 yang lain tergolong dalam golongan-golongan ini..insyaAllah~~


risau.tak keruan.huuuuu =((

ntah kenape ntah aku tak bole tido..haish..tapi memang tak keruan dah nie..risau memuncak2 ibarat ayam yang kene goreng dalam minyak panas tu.. (err..ape kaitan ayam??) so aku amek pendekatan menulis merapu raban agar tenang sikit walau tak banyak mane..tadi aku dok on9 dengau lagu tibe2 dok tergerak ghase hati nak search tips untuk menenangkan diri..mentang2 lerr exam week..baru terhegeh2 sebenor nye..haha..tak kesah lah yang penting jom kite tengok ape yang bole kite buat.. *sebenor nye aku cuak gok nie..huhu :((

a) tegangkan otot-otot badan secara berasingan

b) tegangkan otot-otot berkenaan selama 5 saat

c) lepaskan ketegangan itu perlahan-lahan dan pada masa yang sama,

katakan melalui fikiran: "lepaskannya keluar'

d) tarik nafas panjang

e) semasa menghembus nafas keluar, katakan melalui fikiran:"lepaskan

semua ketegangan keluar"


so kawan-kawan..kalo rase tak keruan cam aku sekarang nie jom lah bawok2 bersenam..huhuhuu...exammm!! gudluck untuk semua..moga dipermudah segala urusan :))

i'm not perfect..but i'm trying to be..

Manusia mudah bimbang tatkala takdir tak sebulu fitrah.Diserang musibah diluar dugaan menjadi resah.Jatuh tersungkur terus rebah.Keinginan yang diharapkan menemani,tetapi bebanan pula datang menghantui. Tetapi, sedarlah jika tidak dititipkan segala musibah, mana mungkin kita kenal erti sabar. Jika tidak diduga dengan segala pancaroba, mana mungkin kita fahami maksud redha. Ianya rencah kehidupan yang memotretkan pelbagai warna emosi. Tiada apa yang sempurna di dunia fana, bukan penting di permulaannya, tetapi lebih penting di mana pengakhirannya. Andai itu takdirNya,terimalah seadanya. Semakin kuat kita diuji, semakin dalam kasih ilahi. Bukan hanya mencari kekasih duniawi, tetapi mencari teman pendamping hidup yang bakal memimpin di padang mahsyar nanti. Jangan dibelek pada kelemahan diri, tetapi berbanggalah dengan kekuatan yang diberi. Dalam kelembutan, suburkanlah ketegasan, berlandaskan ilmu keredhaan Tuhan. Allahualam...

cerita dari hati~~

tak tau kenapa tibe2 rase nak buat note nie.tapi,entahlah..khas buat teman2 tersayang :)

Kenapa perempuan memerlukan lelaki dalam hidup die??Perlu ke kita bergadai separuh hidup disamping lelaki yang kita tak pernah tau mana dtgnye die..org slalu kate...single is simple,couple is trouble..itu org yang kate..saya tak kata :D
Tapi kawan2 tersayang,,marilah sama-sama kita renungkan..Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta juga tak datang waktu kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Dan begitulah sebaliknya...Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Allah, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit,malah dia juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, tasbih ditangan atau harta membuak-buak mencurah ke ladang gandum.Tidak sama sekali.Tetapi, kalau itu takdir-Nya,anggaplah ianya satu bonus yang dititipkan untuk kita hargai.Tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya,bersabarlah kerana dia pasti datang apabila tiba masanya cuma cepat atau lambat je yang perlu kita berserah segala dan redha ats ketentuan-Nya.Dan apabila sudah datangnya dia, kita haruslah ikhlas dan saling bertimbang rasa kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Tetapi, bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.Kerana restu ibu bapa itulah kunci segala.Lahirnya kita di dunia adalah dari mereka juga.
Mungkin kawan-kawan tertanya-tanya,kenapa tiba2 rencana ini dicipta..Saya hanya mengulit rasa jiwa,untuk dikongsi bersama-sama.Kerana kita wanita insan yang teristimewa.Kita tercipta daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat jari untuk disakiti, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Oleh itu rakan-rakan tersayang,hargailah mereka jika ada yang sudah bertakhta di hati. Jangan apabila hilang dari pandangan, baru nak disesali. Jika tiada, jangan menangisi nasib diri kerana janji Allah itu sejak dari azali lagi.Inilah cerita dari hati :)

HEY HELLO~~~~

CHECK THIS OUT,,PEEPS!!

HOT of the PRESS... Only in Malaysia Mah... Learn the SECRETS of how a lazy bum like me make money online without doing a single thing WHILE sleeping some more!! For sure will work for you one..

IT WAS TRUE!!! Malaysian Young MILLIONAIRE Reveals Internet Secrets!!!


"Discover The Real Malaysian Secrets Of How I Consistently Rake Up To RM38,000 Per Month Into My Maybank Account... Working Less Than 2 Hours A Week! Doing Almost NOTHING!"-JT

For the first time ever Jason Tan is revealing his never before told secrets...And why not all of you trying this out :))

Jasons Only In Malaysia Mah has been rated the number one opportunity by numerous online reviews and has been seen in Entrepreneur Magazine.

You can start making RM100, RM500, even RM1,000+ every day working at home from your computer...So,what are you waiting for????? =DDDD

try this link:
http://onlyinmalaysiamah.com/?ref=snowworld